Jenayah

Memori pahit Kolam Puteri

lemas 4

Ledang: Seorang lelaki patah kaki kiri manakala tunangnya patah tulang rusuk kanan sejurus dihempap pokok ketika sedang berehat di kawasan Kolam Puteri di Gunung Ledang di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa yang baru mandi tidak sempat mengelak apabila sebatang pokok bersaiz sederhana tumbang secara mendadak.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku sejurus kedua-dua mangsa selesai mandi di kolam berkenaan sebelum naik ke tebing untuk makan tengah hari dan berehat di kawasan berhampiran pokok itu.

Menurutnya, insiden itu menyebabkan mangsa lelaki berusia 36 tahun dari Felda Apeng Barat, Kota Tinggi, patah kaki kiri manakala tunangnya berusia 22 tahun dan berasal dari Sungai Abong, Muar, patah tulang rusuk kanan.

“Kejadian yang menimpa pasangan itu disedari orang awam yang melalui kawasan kejadian sebelum melaporkannya kepada renjer bertugas.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");