Jenayah

Mengamuk baling kayu pada adik

gaduh

KUALA TERENGGANU – Hanya kerana tidak berpuas hati ditegur berbuat bising di kawasan rumah oleh adik perempuannya, seorang abang mengamuk dengan membaling kayu serta mengugut akan membunuh mangsa, dalam kejadian 25 Mei lalu.

Bagaimanapun, perbuatan Wan Ahmad Hisham Wan Mohd Shariff, 35, terbalas apabila dijatuhi hukuman 10 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas dia mengaku salah dengan sengaja telah melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa, Wan Marjina Wan Mohd Shariff, 32, dengan menggunakan dua batang kayu.

Dia mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah itu pada 25 Mei lalu, jam lebih kurang 2.15 petang di kawasan rumah di Kampung Pulau Ketam, di sini.

Mengikut fakta kes, pada 25 Mei lalu, kira-kira jam 2.15 petang, semasa mangsa berada di rumah berkenaan, Wan Ahmad Hisham telah datang dalam keadaan marah-marah serta mengamuk kerana mangsa telah menegurnya berbuat bising di kawasan rumah mangsa.

Akibatnya, Wan Ahmad Hisham telah membaling kayu ke arah mangsa tetapi tersasar, dan turut mengatakan mahu memukul mangsa sampai mati.

Bimbang keselamatan dirinya dan keluarga, mangsa menghubungi polis dan kira-kira jam 2.30 petang, dia ditahan untuk tindakan lanjut.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");