Sukan Hari Ini

Messi Bantu Kemenangan Argentina

messi

LA PLATA: Penyerang sensasi yang diturunkan dari bangku simpanan, Lionel Messi menjaringkan gol kemenangan Argentina untuk membantu pasukan itu mudah menewaskan Slovenia 2-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Estadio Monumental, Buenos Aires, awal pagi Ahad.

Messi, penyerang Argentina dengan jaringan kedua terbanyak selepas Gabriel Batistuta, gagal membolosi gawang di peringkat antarabangsa sejak kemenangan kelayakan 5-2 ke atas Paraguay di Asuncion pada September tahun lalu.

Pemain sayap, Ricky Alvarez membuka jaringan Argentina pada minit ke-12.

Messi yang menggantikan Alvarez pada minit ke-57, menjaringkan gol kedua Argentina pada minit ke-76.

Pengurus Alejandro Sabella berharap Lucas Biglia yang bergelut dengan kecederaan pada babak pertama tidak akan terlepas peluang beraksi pada perlawanan pembukaan Piala Dunia minggu depan.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");