Sukan Hari Ini

Messi umpama dari planet Jupiter

messi

JURULATIH  Nigeria, Stephen Keshi menggambarkan kehebatan bintang Argentina, Lionel Messi seolah-olah dia didatangkan khas dari planet Jupiter.

“Messi adalah pemain cukup menakjubkan. Dia dianugerahkan bakat. Ada beberapa pemain lain yang mantap dalam skuad Argentina tetapi Messi adalah dari Jupiter,” katanya.

Argentina menewaskan Nigeria 3-2 dalam aksi terakhir kumpulan F tetapi masih layak ke pusingan kedua selaku naib juara kumpulan, awal pagi tadi.

Messi yang menarik perhatian dunia menjadi pendahulu penjaring terbanyak kejohanan setakat ini dengan empat gol, menyamai pemain Brazil, Neymar.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");