Berita Hari Ini

Miti, Insken nafi lantik syarikat urus kursus

miti

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan Institut Keusahawanan Negara (Insken) tidak pernah melantik mana-mana syarikat pada tahun 2013 dan 2014 untuk mengurus dan mengendalikan kursus atau klinik keusahawanan bagi pihaknya dengan bayaran yuran tertentu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Miti juga menafikan pernah menawarkan Skim Bantuan Modal Tanpa Bayaran Balik kepada mereka yang ingin memulakan
perniagaan selepas menghadiri kursus/klinik keusahawan yang dianjurkan oleh syarikat berkenaan.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tawaran kursus/klinik keusahawanan berkenaan kerana ia merupakan satu sindiket penipuan secara terancang untuk mengaut keuntungan peribadi dan menipu rakyat,” katanya.

Insken adalah sebuah Agensi Latihan Keusahawanan di bawah Miti. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");