Sukan Hari Ini

MotoGP: Marquez terus kukuh cengkaman

marquez

Assen (Belanda): Penunggang Sepanyol, Marc Marquez memenangi perlumbaan dengan rekod lapan kemenangan berturut-turut malam tadi pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Belanda dalam keadaan cuaca berubah-ubah, mengatasi penunggang Ducati, Andrea Dovizioso.

Pendahulu kutipan mata dan juara bertahan itu mendahului perlumbaan apabila memintas Dovizioso ketika berbaki 10 perlumbaan, selepas kedua-dua penunggang bertukar tayar basah kepada tayar kering pada awal saingan.

Penunggang veteran Sepanyol, Dani Pedrosa yang juga rakan sepasukan Marquez bersama Honda, di tempat ketiga.

Rekod peribadi

Kemenangan itu menyaksikan Marquez menjadi penunggang pertama menang lapan perlumbaan berturut-turut kelas perdana itu bermula awal musim ini sejak penunggang hebat Itali, Giacomo Augustini melakukannya pada tahun 1971.

Penunggang Sepanyol itu yang adiknya Alex memenangi perlumbaan awal kelas Moto3, kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 200 mata.

Marquez kini 72 mata di depan penunggang tangga kedua, Valentino Rossi, yang mengharungi perlumbaan baik apabila memulakan perlumbaan di petak belakang tetapi berjaya mendapat kedudukan kelima.
Rossi bagaimanapun kini berkedudukan kedua keseluruhan bersama Pedrosa.
“Ia sesuatu yang menakjubkan. Sebenarnya ia perlumbaan yang tidak dimenangi oleh sesiapa, kerana ia sangat bahaya,” kata Marquez.

“Ia adalah sukar untuk mengetahui apakah strategi untuk digunakan, namun bermula dengan tayar basah, kemudian menukarnya kepada tayar kering adalah pilihan yang tepat,” katanya. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");