Sukan Hari Ini

Moyes Intai Jawatan Pengurus Di Galatasaray

BEKAS pengendali Manchester United dilapor mengadakan perbincangan dengan kelab Turki, Galatasaray bagi mengisi jawatan sebagai pengurus baharu kelab itu.

Moyes yang menggantikan Sir Alex Ferguson di United dipecat kurang daripada setahun membimbing kelab itu selepas persembahan buruk pasukan.

Pemerhati bola sepak berpendapat lebih baik pengurus dari Scotland itu mencari kerja di luar London selepas menghadapi saat sukar di Old Trafford.

Dalam pada itu, segelintir penyokong Galatasaray tidak mahu Moyes mengendalikan kelab ini.

“Penyokong-penyokong Galatasaray terkejut dan tidak mahu sentuhan Moyes kerana pengurus ini mempunyai rekod menghampakan di Manchester United.

“Mereka berpendapat ini adalah pilihan salah selepas Fatih Terim dan Roberto Mancini.

“Saya percaya Moyes tidak akan berada di sini sehingga penghujung musim kerana penyokong-penyokong Turki dan pengarah bola sepak tidak suka dengan perancangan jangka panjang”.

Posisi tersebut belum ada pengganti selepas Mancini meninggalkan Galatasaray awal bulan ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");