Jenayah

MPK roboh pembinaan haram

MPK

KUANTAN – Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengambil tindakan tegas merobohkan sekali gus memusnahkan sebarang pembinaan tanpa kelulusan bertulis daripada majlis.

Pembinaan tersebut termasuklah bangsal terbuka atau tertutup, kabin dan stor yang beroperasi secara haram termasuk bertindak menyimpan besi buruk dan bahan terbuang

Pegawai Perhubungan Awam MPK, Haslinda Hassan berkata, MPK akan bertindak menjalankan operasi roboh apabila mendapati pemilik bangunan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 72(1) Akta jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133) seperti mana yang berlaku ke atas premis sementara di atas Lot 25 Seksyen 34 di jalan Haji Ahmad, dekat sini, semalam.
“Kesalan yang dilakukan merangkumi sebarang aktiviti yang dilaksanakan adalah bercanggah dengan kategori kegunaan tanah (Bangunan) dan syarat nyata (satu unit kediaman) serta zoning perancangan, lebih membimbangkan pihak majlis adalah keselamatan di kawasan persekitaran.

“Dalam operasi yang dijalankan hari ini (semalam), sudah banyak notis yang telah dikeluarkan kepada pemilik premis berkenaan bermula 1 Jun 2010 termasuk mengosongkan dan seterusnya merobohkan bangunan haram tersebut namun didapati pemiliknya masih ingkar, malah masih meneruskan operasi seperti biasa,” katanya kepada pihak media, semalam.

Dalam pada itu, katanya, pihak MPK telah bertindak mengikut aduan dan disebabkan kegagalan pemilik tersebut mengikut arahan maka pihak majlis sudah memutuskan supaya tindakan roboh diambil segera.

“Ini kerana pihak majlis mendapati kawasan perumahan di sekitar tapak premis tersebut semakin terdedah kepada kebakaran hasil lambakan barang-barang lusuh yang mudah terbakar di samping suasana persekitaran premis juga telah mencacatkan pemandangan.

“Keadaan longkang awam juga tersumbat dan berminyak di sekitar tapak berkenaan dan kuantiti barang-barang lusuh yang banyak juga telah menghalang pergerakan lalu lintas.

“Selain itu, kemasukan kenderaan berat bagi mengangkut keluar barangan lusuh ini telah menyebabkan kemudahan infrastruktur seperti jalan, longkang, paip dan pelbagai lagi utiliti mengalami kerosakan,” katanya.

Sementara itu, pihak MPK telah menjalankan tindakan penguatkuasaan bagi premis sementara tersebut setelah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Kuantan dan hasilnya notis terakhir pada 18 Mac 2013 telah dikeluarkan dalam tempoh 24 jam untuk pemilik mematuhinya.

“Namun sebelum ini rayuan telah dibuat oleh pemilik dan kami memberikan penangguhan tindakan sementara selama setahun bagi membolehkan premis mendapatkan tempat baharu untuk menjalankan perniagaan di kawasan yang lebih sesuai.

“Disebabkan tindakan pemilik premis yang masih tidak melakukan sebarang tindakan maka Notis Masuk Meroboh 24 Jam pada 13 Jun lepas telah dikeluarkan dan ia adalah notis terakhir bagi kerja-kerja operasi perobohan yang dijalankan hari ini (semalam),” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");