Perak Hari Ini

Najib Lancar Fasa Pertama Projek PR1MA Di Teluk Intan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) fasa pertama membabitkan pembinaan 1,000 unit rumah di kawasan Parlimen Teluk Intan.

Persetujuan melaksanakan projek itu dicapai hasil kerjasama Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) serta sebuah koperasi, MOCCIS.

Pembangunan projek perumahan yang meliputi tanah seluas 500 hektar itu bakal merangkumi dua bidang tanah milik kerajaan negeri dan satu bidang tanah milik koperasi di Teluk Intan.

Menurut Pengerusi PR1MA, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, pembinaan sekitar 5,000 unit rumah dijangka dapat membantu masyarakat di sekitar Teluk Intan memiliki rumah sendiri.

“Saya yakin anak muda iaitu golongan generasi Y yang berpendapatan RM3,000 ke bawah tidak perlu khuatir dan risau untuk memiliki rumah kelak,” katanya.

Katanya lagi, perumahan PR1MA yang menetapkan kadar 20 peratus harga lebih rendah di pasaran bakal membantu mengurangkan bebanan dan kos sara hidup yang dihadapi masyarakat kini.

“Sokongan semua pihak terutama sekali kerajaan negeri, PKNP dan MOCCIS perlu bagi menjayakan projek ini,” katanya dalam ucapan perasmian projek berkenaan di Dataran Menara Condong Teluk Intan.

PR1MA turut mempelawa rakyat yang layak untuk mendaftar dengan mengemukakan permohonan melalui laman web  www.pr1ma.my.

Proses pengundian rumah bakal diadakan dengan setiap pendaftar bakal diberikan peluang saksama untuk memiliki rumah PR1MA mengikut syarat yang ditetapkan.

Sehingga kini, di seluruh negara dianggarkan kira-kira 600,000 bakal pembeli telah mendaftar untuk memiliki rumah tersebut.

Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran boleh die-mailkan ke [email protected] atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan di talian 03 7962 4374 untuk maklumat lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");