Perak Hari Ini

Najib Lancar Projek PR1MA Di Teluk Intan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Dataran Menara Condong, Teluk Intan.

Ia merupakan sebahagian manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Teluk Intan, 31 Mei lalu.

Hadir sama di majlis tersebut, Menteri Besar; Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ahli Parlimen Teluk yang baru mengangkat sumpah, Datuk Mah Siew Keong.

Komitmen Perdana Menteri melancarkan projek tersebut memberi isyarat jelas bahawa kerajaan BN serius dan komited dalam manifesto yang diumumkan kepada rakyat.

Teluk Intan adalah lokasi keenam PR1MA yang akan dibangunkan di Perak selain di Slim River, Pengkalan Aor, Sungai Pari, Kampung Paloh dan Bandar Meru Raya.

Sebelum ini, melalui lima projek PR1MA yang sudah dirancang, sebanyak 3,220 unit kediaman akan dibina di beberapa lokasi strategik membabitkan kawasan seluas 32.136 hektar yang terletak berdekatan infrastruktur utama dan kemudahan awam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");