Berita Hari Ini

NGO anjur himpunan bantah DBKL

ngo 1

KUALA LUMPUR – Susulan operasi perobohan rumah di Kampung Chubadak Tambahan minggu lalu, beberapa NGO akan mengadakan himpunan besar-besaran di hadapan Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai membantah tindakan itu.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, pihaknya akan menghantar sebuah memorandum rasmi berkenaan tindakan DBKL yang didakwa tidak berperikemanusiaan dan tidak bertanggungjawab.

“Kami akan pastikan orang ramai hadir dalam perhimpunan ini nanti. Bukan sahaja penduduk Kampung Chubadak Tambahan malah penduduk di kampung lain yang mungkin mendapat nasib yang sama juga diminta hadir.

“Ini membabitkan isu rakyat dan isu kemanusiaan, kami harap simpati dan sokongan daripada rakyat dan penduduk kampung lain untuk bersama-sama dengan kami,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Pas, hari ini.

Menurutnya lagi, pihaknya telah pun mengadakan perbincangan dengan rakan pimpinannya yang terdiri dari beberapa NGO seperti Gerakan Mahasiswa, Anak Warisan dan Pengerusi Persatuan Penduduk demi mewujudkan persepakatan bagi menganjurkan perhimpunan tersebut.

dalam perkembangan berkaitan, Mazlan turut menyeru seluruh ahli pimpinan parti termasuk Umno dan PR untuk sama-sama turun padang membela nasib rakyat yang didakwa ditindas DBKL.

Kapsyen gambo : Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Chubadak Tambahan, Ramlie Ahmad (dari kiri), Mazlan, Pengerusi Anak Warisan, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi dan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaysia, Khairol Najib Hashim. – Foto Sinar Harian oleh FATHIN ATHIRAH HASLI

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");