Sukan Hari Ini

Oranje nyaris tersingkir di tangan Mexico

oranje

JARINGAN lewat Belanda ke atas Mexico menyelamatkan maruah pasukan berkenaan untuk mara ke pusingan seterusnya bagi saingan Piala Dunia 2014.

Perlawanan bermula rancak bagi kedua pasukan namun Mexico lebih hebat menghantar serangan ke arah gawang lawan.

Mexico terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan cantik Giovani dos Santos sebaik babak kedua bersambung.

Nyata, jentera serangan Belanda yang diketuai Robin Van Persie gagal memecah kekebalan kubu pertahanan Mexico.

Pasukan bimbingan Louis van Gaal itu hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-58, menerusi Stefan de Virj namun dinafikan oleh ketangkasan Guillermo Ochoa.

Detik kebangkitan skuad Oranje bermula pada minit ke – 88 apabila rembatan padu Wesley Sneijder berjaya mengikat kedudukan 1-1 .

Mexico membuka peluang keemasan buat Belanda apabila pemain sayap kanan, Arjen Robben dikasari kapten pasukan Mexico, Rafael Marquez dalam kawasan penalti.

Pemain gantian, Klaas – Jan Huntelaar menjadi ‘duri dalam daging’ buat Mexico apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit kecederaan separuh masa kedua yang membawa pasukannya berada di hadapan dengan jaringan 2-1.

Kemenangan buat Belanda sekali gus menguburkan harapan Mexico untuk mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");