Jenayah

Padah salah parkir

pdah salah parkir

KUALA LUMPUR – Ruang parkir di Jalan Haji Eusoff dekat sini, yang sepatutnya dimanfaatkan untuk kemudahan awam  disalah guna dengan meletakkan kenderaan untuk tempoh yang lama.

Kewujudan beberapa buah bengkel di kawasan itu menjadi punca ruang parkir awam digunakan untuk kerja-kerja pembaikan kenderaan.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu bagaimanapun membawa kepada tindakan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pegawai Penyelaras Trafik 1, Ketua Inspektor Afzal Nizan Abdul Latif berkata, operasi di kawasan itu dilakukan setiap hari disebabkan tindakan pemilik kenderaan yang pentingkan diri.

“Sejak Januari, sebanyak 2,785 notis dikeluarkan terhadap kenderaan di situ dan kebanyakan tindakan diambil di bawah perintah lalu lintas jalan (peruntukan mengenai tempat letak kereta) 1969 atas kesalahan tidak pamer tiket dan tiket tamat tempoh.

“Ada juga tindakan di bawah Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 atas kesalahan meletakkan kenderaan di garisan kuning dan membuat halangan lalu lintas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Notis dikeluarkan setiap hari untuk tempoh tiga hari berturut-turut sebelum tindakan tunda diambil.

“Sekiranya kenderaan masih tidak dialihkan, kita akan tunda. Kenderaan buruk kita akan angkut,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pemilik bengkel juga tidak terkecuali daripada tindakan dan setakat ini sebanyak lapan notis telah dikeluarkan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");