Jenayah

Pasangan kekasih terlepas hukuman mati

trlepas hukuman mati

GEORGETOWN – Sepasang kekasih terlepas daripada dijatuhi hukuman mati selepas pertuduhan mengedar dadah yang dikenakan ke atas mereka dipinda mahkamah tinggi, di sini, semalam.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat pindaan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie kesalahan mengedar dadah jenis methylenedioxymetham phetamine seberat 60.9 gram ke atas Lim Chsung Meng, 40,dan Chen Hui, 37.

Bagaimanapun, beliau meminda tuduhan asal dari kesalahan mengedar kepada kesalahan mempunyai kawalandi bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum bawah Seksyen 39A (2) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, setelah membuat penilaian maksimum ke atas hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie bawah kesalahan mengedar.

“Bagaimanapun pihak pendakwaan berjaya membuktikan kedua-dua tertuduh itu mempunyai jagaan dan kawalan sebahagian dadah dijumpai di dalam tin biskut dan juga dadah dijumpai bersama pasport tertuduh,” katanya.

Sejurus itu, pertuduhan pindaan itu dibacakan oleh jurubahasa bahasa Mandarin kepada Chsung Meng dan Chen Hui, namun kedua-dua mengaku tidak bersalah dan minta bicara terhadap tuduhanitu. Zamani kemudiannya menetapkan kes itu untuk dibicarakan pada 14 Julai ini.

Dalam mahkamah sama, Chsung Meng dan Chen Hui juga mempunyai tiga lagi pertuduhan memiliki pelbagai jenis dadah. Untuk ketiga-tiga pertuduhan itu, kedua mereka mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Tarikh sama ditetapkan untuk ketiga-tiga pertuduhanitu.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Talib dan tertuduh diwakili oleh Choong Kak Sen.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");