Jenayah

Pegawai penjara didakwa terima suapan

pegawai penjara

ALOR SETAR – Seorang pegawai penjara dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan menerima suapan pada dua tahun lalu.

Muhammad Hafizal Che Dan, 32, yang bertugas di Penjara Pokok Sena mengaku tidak bersalah terhadap sembilan pertuduhan membabitkan suapan berjumlah RM2,800.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bank dekat Jitra pada Januari 2012 hingga Februari 2013.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan yang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa menurut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Muhammad Hafizal kemudiannya mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan mohon dibicarakan.

Dia juga meminta supaya wang jaminan dikurangkan kerana terpaksa menanggung tiga orang anak, serta isteri dengan pendapatan bulanan lebih RM1,000.

Hakim, Azhar Mokhtar membenarkan dia diikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan 14 Julai ini untuk serahan dokumen serta lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mukhriz Mat Rus.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");