Membawang Hari Ini

Penerbit Mohon KBS Sokong ‘Projek Kahwin’

Kila Fairy dan Izzue Islam teraju utama teater Projek Kahwin:-

PETALING JAYA: Penerbit teater Projek Kahwin, Mohd Amer Syafiq Khalip kesal apabila pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih belum memberi surat maklum balas sebagai menyokong pementasan itu yang sedang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya sejak 6 Jun lalu.

Amer, 28, berkata, dia berasa pelik walaupun sudah beberapa kali ke pejabat kementerian menghantar surat, namun sehingga kini masih belum mendapat sebarang respons daripada pihak tersebut.

“Sudah beberapa kali saya ke pejabat kementerian menghantar surat untuk mendapat sokongan daripada pihak KBS supaya menyokong teater ini, tetapi sehingga ke hari ini (Jumaat), tiada respons pun.

“Sedangkan sebelum ini mereka sudah memberi kebenaran menggunakan logo KBS di poster, buku program dan papan tanda,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Amer, perkara ini dimaklumkan kepada umum bukan kerana mahu memburukkan pihak KBS, sebaliknya mengharapkan agar pihak tersebut dapat kerjasama menyokong teater tersebut.

Malah kata Amer yang pernah menerbitkan teater Maduku Kalut itu, industri teater seharusnya mendapat sokongan pihak kerajaan, terutamanya apabila ia melibatkan golongan belia.

“Memandangkan pementasan sudah hampir sampai ke penghujungnya, kami dengan rasa rendah diri dan penuh hormat ingin menjemput menterinya iaitu Khairy Jamaluddin untuk hadir ke teater kami.

“Sekurang-kurangnya, kehadiran beliau dapat memberi semangat kepada kami, golongan belia yang membuat pementasan ini,” tuturnya.

Projek Kahwin berkisarkan tentang suasana yang berlaku dalam sebuah perkahwinan yang secara keseluruhannya melibatkan masyarakat Melayu negara ini.

Rizal dan Nisa yang mengambil keputusan untuk berkahwin terpaksa berhadapan dengan permintaan keluarga pihak perempuan yang inginkan perkahwinan dibuat secera besar-besaran.
Biarpun jalan cerita yang disampaikan mudah dan ringkas, namun banyak mesej yang cuba disampaikan, terutama sekali perspektif perkahwinan dalam masyarakat tempatan terutama berbangsa Melayu.

Teater Projek Kahwin yang diarahkan oleh Muhammad Azri Ali ini turut dibarisi pelakon Hanez Suraya, Shah Iskandar, Kaka Azraff, Fazleena Hishamuddin, Syaiful Bahri, Shahrul Mizad, Imam Muda Asyraf dan kumpulan Forteen.

Pementasan itu bakal berakhir pada 14 Jun 2014 (hari ini).

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");