Jenayah

Penganggur kena bayar pampasan RM4,000

tertuduh

KOTA BHARU – Seorang penganggur dihukum penjara sebulan dan diperintah membayar pampasan RM4,000 oleh mahkamah majistret, di sini, semalam, selepas mengaku salah mencederakan seorang penjaga kolam, Februari lalu.

Hukuman diputuskan Majistret, Mohd Isa Mohamad terhadap tertuduh, Muhammad Ariff Ibrahim, 22, dari Kampung Paloh, Pintu Geng, di sini.

Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Ikmal Fadli Ismail, 23, dengan pedang di sebuah rumah, di belakang sebuah madrasah di Kampung Paloh, Pintu Geng, di sini, pada jam 2 petang, 18 Februari.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Pada prosiding semalam, tertuduh merayu hukumannya diringankan, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri memohon dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan serius tersebut.

Dalam insiden lalu, mangsa mengalami luka di belakang leher dan tangan kirinya. Tertuduh ditahan polis susulan laporan yang dibuat isteri mangsa. Tertuduh kemudian membayar pampasan kepada mangsa.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");