Perak Hari Ini

Peniaga Perlu Jujur Dan Bertanggungjawab Dalam Perniagaan

PERAKTODAY10

Peniaga perlu bertanggungjawab dan jujur dalam urusan jual-beli khususnya dalam bulan Ramadhan, ujar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Perak, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Beliau berkata, ia berikutan terdapat segelintir peniaga yang suka mengambil kesempatan dalam urusan jual-beli untuk mengaut keuntungan.

“Peniaga perlulah jujur, bertanggungjawab dan mengambil keuntungan dengan had harga yang bersesuaian apatah lagi di bulan Ramadhan.

“Tanggungjawab dan kejujuran peniaga tidak kira daripada apa jenis perniagaan biarlah ada timbang tara dan tidak menimbulkan keresahan khususnya kepada pengguna ataupun masyarakat yang mempunyai kuasa membeli,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pasar Tani Pra Ramadhan di Pasar Tani Kg Simee dekat Ipoh, pagi tadi.

Turut hadir sama Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Perak, Basri Jusmo.

Menurutnya lagi, para peniaga boleh mengambil contoh daripada pasar tani yang diwujudkan oleh FAMA yang mempamerkan harga barangan dan jujur dalam urusan jual beli.

“Jangan kita melihat untuk mengambil kesempatan bagi mengaut keuntungan berlebihan dan contoh yang terbaik kita dapat lihat adalah melalui pasar tani yang dianjurkan oleh FAMA ini.

“FAMA secara jujur telah meletakkan tanda harga yang cukup jelas di semua lokasi pasar tani yang beroperasi di Perak,” ujarnya lagi

Tambahnya, meskipun fungsi perniagaan adalah untuk tujuan keuntungan, namun ia tidak seharusnya membebankan pengguna.

“Memang kita tahu daripada konsep perniagaan mengutamakan keuntungan, tetapi jangan mengaut keuntungan yang berlebihan dan ia mestilah adil kepada kedua-dua pihak iaitu penjual dan juga pengguna,” ujar Mohd Nizar lagi.

Ujarnya, bulan Ramadhan yang bakal menjelang adalah sebagai medan latihan terbaik untuk peniaga.

PERAKTODAY11

“Bagi saya, bulan Ramadhan akan memberi latihan khususnya kepada peniaga-peniaga untuk beramal bersama-sama malah bukan sahaja dalam bulan ini tetapi juga bulan-bulan seterusnya supaya kekeliruan atau persepsi mengenai harga barangan ini tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.

“Jika peniaga memberikan harga yang cukup baik, pengguna akan berasa selesa dan mereka juga mampu menambah kapasiti dalam produk jualan kita,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengulas berkenaan bekalan barangan keperluan asas sepanjang tempoh bulan Ramadhan hingga menjelang Syawal nanti.

“Bahan dan barang keperluan asas bagi sepanjang tempoh bulan Ramadhan hingga Syawal nanti adalah mencukupi dan pengguna tidak perlu risau berkenaan kekurangan bahan tersebut,” beliau berkata lagi.

Katanya, mungkin akan wujud khabar angin mengenai kenaikan harga, namun kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya untuk mengatasi perkara tersebut.

“Mungkin akan wujud provokasi dan persepsi berkaitan kenaikan harga barangan tetapi kerajaan akan sentiasa memantau dan melihat perkembangan semasa khususnya dalam bulan Ramadhan ini,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Nizar telah melawat ke gerai-gerai di Pasar Tani di Kg Simee sebelum menyampaikan kurma dan bawang besar kepada pengunjung di situ sebagai gimik pelancaran bagi Majlis Pelancaran Pasar Tani Pra Ramadhan.

Beliau juga turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Darussalam Ipoh.

Sebanyak 24 Pasar Tani telah diwujudkan di seluruh negeri Perak dan dianggarkan kira-kira 1,349 peniaga terlibat dalam perniagaan tersebut.

PERAKTODAY9

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");