Sukan Hari Ini

Penyu jantan ramal Brazil juara

big head

SEEKOR penyu jantan yang diberi nama Big Head meramal pasukan kebangsaan Brazil bakal menjuarai Piala Dunia 2014.

Penyu berusia 25 tahun itu turut meramal Skuad Samba akan memenangi perlawanan pembukaan menentang Croatia, awal pagi esok.

Big Head membuat ramalan tersebut di pusat perlindungan penyu di Praia do Forte di utara bandar Salvador, Brazil.

Kakitangan di pusat perlindungan berkenaan meletakkan umpan ikan pada bendera Brazil dan Croatia bagi membolehkan Big Head membuat pilihan pasukan mana yang menang di perlawanan pembukaan nanti.

Empat tahun lalu, sotong kurita ‘Paul’ menjadi terkenal kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan.

Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");