Berita Hari Ini

Perlu bincang masa depan Bumiputera di KLIA2

azlan addullah

SHAH ALAM – Pemuda Umno menggesa satu dialog di antara Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan Badan Usahawan Melayu Bumiputera diadakan segera untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani isu penglibatan usahawan Bumiputera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2).

Pengerusi Biro Ekonominya, Azlan Abdullah berkata, penglibatan Bumiputera perlu dipantau dari segi peluang perniagaan dan juga pekerjaan kepada warga tempatan terutamanya dalam sektor industri perkhidmatan makanan.

“Malaysia terdiri daripada 67.9 peratus Bumiputera. Namun, maklumat pada tahun 2012 menunjukkan bahawa nilai mutlak pendapatan purata bulanan bagi isi rumah Bumiputera adalah sebanyak RM4,457.00, lebih rendah jika dibandingkan dengan kaum Cina sebanyak RM6,366.00 dan India sebanyak RM5,233.00.

Tindakan afirmatif harus dilaksanakan untuk memastikan dasar yang adil. Dengan jelasnya berdasarkan data dan statistik, suatu sistem harus dilaksanakan untuk memastikan pembahagian peluang keusahawanan yang adil,” katanya salam satu kenyataan.

Tambah beliau, jika lebih peluang diberikan kepada usahawan Bumiputera, maka lebih peluang pekerjaan akan dihasilkan untuk Bumiputera supaya taraf hidup dan nilai mutlak pendapatan purata bulanan bagi isi rumah dapat ditingkatkan.

“Contohnya, hasrat Mydin Mohamad Holdings Bhd (Mydin) yang ingin membuka sebuah pasaraya bertaraf Premium di KLIA 2 telah ditolak oleh MAHB.

“Mydin, yang sesudahnya mengendalikan 222 buah pasaraya di seluruh Malaysia di mana pekerja-pekerja majoritinya adalah Bumiputera, adalah terkenal dengan penjualan barang-barang yang berkualiti dan murah.

“Jika dasar yang disebutkan dilaksanakan, maka ia dapat menghasilkan peluang pekerjaan kepada Bumiputera dan menyediakan perkhidmatan penjualan barang-barang yang berkualiti dan murah kepada semua orang,” katanya lagi.

Tegas beliau lagi, pelaksanaan dasar yang saksama untuk memastikan peruntukan yang adil untuk semua usahawan di Malaysia adalah sangat penting.

Sehubungan itu, tambah Azlan, Biro Ekonomin Pemuda Umno akan menjalankan program latihan menaik taraf kepengunaan Bahasa Bnggeris dan perkhidmatan pelanggan jika penguasaan bahasa Inggeris menjadi penghalang kepada penglibatan usahawan bumiputera.

“Daripada 225 jumlah lot perniagaan yang ditawarkan di KLIA 2 yang mengandungi 35200 meter persegi, 118 unit lot adalah perniagaan runcit, 81 unit lot adalah perniagaan makanan dan minuman dan 26 unit lot adalah perniagaan perkhidmatan.

“Sudah pasti sebahagian daripada lot-lot ini dapat juga ditawarkan kepada usahawan Bumiputera,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");