Sukan Hari Ini

Piala Dunia waktu untuk berkorban

image

TEMASYA bola sepak terbesar dunia, Piala Dunia 2014 kian rancak apabila memasuki minggu kedua pusingan peringkat kumpulan.

Kemeriahan dan kerancakan kejohanan terulung dunia yang berlangsung empat tahun kali ini semestinya tidak akan dilepaskan peminat bola sepak di Malaysia.

Namun, apa yang pasti, jadual perlawanan yang berlangsung pada awal pagi sehingga subuh menjadi ‘misi sukar’ buat peminat di sebelah hemisfera timur untuk bangun memberikan sokongan kepada pasukan pilihan mereka.

Jika pasukan pilihan mereka bermain pada pukul 12 tengah malam dan tamat dua jam kemudian, mereka ada empat atau lima jam untuk tidur sebelum ke tempat kerja.

Bagi peminat tegar mungkin tidak tidur terus!

“Empat tahun sekali broo,” kata salah seorang peminat tegar bola sepak.

Tanpa memerlukan satu kajian khusus, musim bola sepak Piala Dunia adalah musim di mana graf kualiti, kuantiti dan produktiviti kerja seharian menunjukkan trend menurun. Sesetengahnya menjunam dan merudum.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), awal-awal lagi telah menyatakan kebimbangan dengan demam Piala Dunia dan menasihatkan penjawat awam supaya memastikan mereka tetap segar dan cergas bekerja, walaupun menonton siaran langsung perlawanan bola sepak itu waktu dinihari.

Presidennya, Azih Muda berkata, penjawat awam yang mahu menonton perlawanan siaran langsung yang akan disiarkan selepas jam 3 pagi, seharusnya memilih tidur malam lebih awal.

Azih menasihatkan penjawat awam supaya tidur awal pada sebelah malam bagi memastikan tempoh tidur mereka mencukupi untuk sesuatu hari itu.

“Tugas sebagai pekerja ialah memberikan perkhidmatan terbaik dan memastikan produktiviti kita pada tahap maksimum,” katanya.

Beliau berkata, umat Islam juga akan mula berpuasa bulan Ramadan pada akhir Jun ketika berlangsungnya kejohanan Piala Dunia itu.

“Lazimnya kita mudah lesu semasa bulan puasa, ditambah dengan perlu bangun awal untuk bersahur, inikan pula akan berjaga pada waktu malam, ini akan membuatkan seseorang itu mudah keletihan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");