Sukan Hari Ini

Pingat pembakar semangat Apek

apek

Kota Bharu: “Alhamdulillah syukur atas kurniaan ini dan saya sangat berterima kasih kepada Tuanku Sultan yang berkenan mengurniakan pingat ini,” kata penjaga gol pasukan Kelantan Khairul Fahmi Che Mat.

Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek menerima Pingat Setia dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan di Istana Negeri Kubang Kerian, di sini, semalam.

Selain Apek, tiga lagi pemain Kelantan dikurniakan pingat sama iaitu penjaga gol kedua Mohd Shahrizan Ismail, pemain pertahanan Nik Shahrul Azim Ab Halim dan pemain tengah Zairul Fitree Ishak.

Bekas jurulatih Piala Presiden Kelantan, Sidek Shamsuddin turut dikurniakan Pingat Setia.

Apek berkata, dia akan menjadikan pingat itu sebagai pembakar semangat untuk memperjuangkan nama Kelantan di peringkat kebangsaan dan dunia.

“Pingat ini menjadi perangsang buat sayadalam karier bola sepak dan menaikkan nama Kelantan selain bidang perniagaan yang diusahakan bersama isteri.

“Insya-Allah kami yang menerima pingat hari ini akan lebih fokus memajukan bola sepak Kelantan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Istiadat pengurniaan itu disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra mewakili Sultan Kelantan.

Ia adalah lanjutan daripada istiadat pertama yang berlangsung November tahun lalu sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, menyaksikan 385 penerima termasuk pemain bola sepak Kelantan.

Baginda berkenan menganugerahkan enam pingat dan bintang antaranya Seri Mahkota Kelantan (SMK), Seri Kelantan (SK), Ahli Kelantan (AK), Pingat Bakti (PB), Pingat Setia (PS) dan Pingat Taat (PT).

Turut menerima pingat adalah pelakon serta pelawak Mohd Sabri Yunus yang menerima bintang SK selain wartawan sambilan Berita Harian Lau Chit Fang dan isteri Ketua Polis Kelantan Datin Siti Aishah Haron yang dianugerahkan SMK.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");