Berita Hari Ini

PM akan rayu tambah kuota haji

haji

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia akan mengemukakan rayuan kepada kerajaan Arab Saudi supaya mempertimbangkan jumlah kuota haji sedia ada disemak semula mengikut keperluan semasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan beliau sendiri akan menemui pemimpin negara Arab itu supaya kuota haji bagi Malaysia dapat ditambah pada masa akan datang.

“Sejak tahun lepas kouta Malaysia baru 22,320 orang sahaja.

“Ia adalah cabaran besar kepaada kita semua dan saya akan cuba merayu supaya kerajaan Arab Saudi dapat mempertimbangkan kuota tambahan ibadat haji bagi Malaysia,” katanya ketika merasmikan Tabung Haji Debit-i Mastercard, Buku Coffee Table dan Pusat Kewangan Islam Setempat (IFiC) di ibu pejabat Tabung Haji, di sini, hari ini.

Pada masa ini, kerajaan Arab Saudi memperuntukan kuota haji sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah penduduk kepada semua negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Sejak 2009, Malaysia diberikan kuota sebanyak 27,900 orang manakala sejak tahun lalu, ia telah dikurang sebanyak 20 peratus menjadi 22,320 jemaah haji.

Mengulas lanjut, Najib menambah kejayaan Tabung Haji mengendalikan jemaah haji Malaysia saban tahun menjadi buah mulut negara Islam lain dan ia wajar dicontohi.

“Bila saya temui pemimpin negara terutama pemimpin Arab Saudi, mereka cukup kagum dengan peranan Tabung Haji.

“Konsep Tabung Haji itu boleh dicontohi negara lain yang belum ada organisasi seperti Tabung Haji,” katanya lagi.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");