Jenayah

Polis Marin gagalkan cubaan 11 Pati

fb pdrm

TAWAU – Polis Marin Tawau menahan 11 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia di kawasan Laut Sungai Sino Solan ketika cuba memasuki negara ini secara haram, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4, Asisten Komisioner, Mohammad Madun berkata, sepasukan Polis Marin Tawau yang sedang menjalankan Op Paradise menemui sebuah jongkong yang baru mendarat dipercayai dari Nunukan, Indonesia.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati Pati yang terdiri daripada sembilan lelaki dan dua wanita yang berusia di antara 17 hingga 45 tahun itu tidak mempunyai pengenalan diri.

“Polis turut menahan seorang juragan jongkong berusia 27 tahun kerana disyaki tekong laut yang bertanggungjawab membawa kesemua Pati tersebut memasuki negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kesemua mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 55 Akta Imigresen 1959.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");