Jenayah

PPDNKK Negeri Sembilan sita 15,000 liter diesel

seludup diesel

Seremban: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri menyita lebih 15,000 liter minyak diesel bernilai RM134,564 dalam Ops Titik di tiga stesen minyak di bandar ini, awal pagi tadi.

Pengarahnya Mohd Salleh Ma’amor berkata, dalam operasi bermula jam 9 malam hingga 4 pagi pihaknya turut menyita tiga lori yang digunakan dalam kegiatan penyelewengan bahan api itu.

Katanya, pemeriksaan mendapati ketiga-tiga lori berkenaan dilengkapi tangki tambahan yang diubahsuai dan disembunyikan di dalam kenderaan itu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Katanya, serbuan pertama di stesen minyak di Seremban2, Garden Avenue,dekat sini, membabitkan nilai rampasan berjumlah RM 21,656, diikuti di stesen minyak di Taman Bukit Emas (RM62,908) dan di Senawang (RM50,000).

Menurut beliau kes diasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukan denda maksimum RM100,000 bagi individu dan RM250,000 bagi syarikat perbadanan.

“Siasatan ke atas pihak stesen minyak juga akan dilakukan sama ada wujud unsur subahat dalam perkara ini,” katanya.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");