Sukan Hari Ini

Protes Piala Dunia: Polis lepas gas pemedih mata

rusuhan

RIO DE JANEIRO – BRAZIL. Pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira 350 penunjuk perasaan yang tidak berpuas hati susulan dari pertemuan Uruguay-Colombia dalam pusingan kalah mati malam tadi.

Dalam laporan yang dipetik melalui NDTV, tindakan tersebut diambil pihak polis untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang membantah Liga Piala Dunia.

Seorang penunjuk perasaan, Pablo Rodriguez dengan tegas menyuarakan pendapat bahawa pusingan Liga Piala Dunia tidak akan mengakhiri sebarang kemelut kemiskinan yang sedang berlaku di negara tersebut.

“Ianya tidak akan berakhir, walaupun Brazil menang untuk Piala Dunia, ianya tidak akan mengubah dan memperbaiki apa-apa bagi orang miskin dan mereka yang tinggal di Favelas, bagi mereka yang dirampas hartanya,” katanya.

Lebih setahun lalu, ribuan penduduk menyertai perhimpunan bantahan bagi memprotes perbelanjaan tinggi yang digunakan bagi menganjurkan kejohanan Liga Piala Dunia.

Namun jumlah peserta bagi perhimpunan kali ini lebih kecil berikutan kebimbangan ahli perhimpunan terhadap bahaya dan kekerasan yang mungkin tercetus ketika berarak.

Dalam insiden kali ini, pihak polis dikatakan turut menahan sekurang-kurangnya tiga penunjuk perasaan manakala yang lainnya digesa untuk kembali ke lokasi permulaan perarakan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");