Perak Hari Ini

Pusat Pemindahan Banjir Ditutup, Mangsa Dibenarkan Pulang

Keadaan banjir di beberapa kampung sekitar Kampar telah pulih dan kesemua 187 mangsa yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing mulai jam 11 pagi semalam.

Melalui tinjauan Peraktoday.com.my hari ini mendapati pusat pemindahan banjir itu sudah ditutup sepenuhnya.

Sebelum ini, mangsa dari empat buah kampung ditempatkan di pusat pemindahan banjir itu dengan 147 membabitkan penduduk Kampung Baru Kuala Dipang, Kampung Nyior (18), Kampung Cabang 2 (enam) manakala Kampung Batu 20 (16).

Khamis lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah melawat mangsa banjir berkenaan dan turut mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk memantau keadaan benteng yang telah dibina sebelum ini.

Pemantauan secara berterusan itu bertujuan mengelakkan benteng tersebut pecah kerana tidak mampu menampung air Sungai Dipang dan Sungai Kampar.

Awal pagi Rabu lalu, lebih 200 penduduk sekitar Kampar dipindahkan akibat banjir kilat.

Antara kawasan sekitar Kampar yang terlibat dengan banjir itu ialah Kampung Baru Kuala Dipang, Kampung Nyior, Kampung Kuala Dipang, Kampung Pasir dan Kampung Malaya.

Manakala bagi Daerah Batang Pandang pula, antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Baru Chenderiang dan Kampung Batu 3 Temoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");