Isu Panas

“Rafizi Tiada Bukti Lengkap”- Idris Jusoh

KUALA LUMPUR 18 Jun – Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh hari ini membidas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli kerana membuat dakwaan tanpa bukti kukuh berhubung penbabitan pemimpin Umno dalam pembinaan enam kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurut Idris, Rafizi sering kali membuat tuduhan terhadap pemimpin Umno tanpa mengemukakan bukti yang tepat dan lengkap.

“Selama ini pun Rafizi hanya banyak bercakap tetapi tidak mengemukakan bukti lengkap. Dia tidak buat satu kajian mendalam.

“Saya mahu memberi komen spesifik berkenaan itupun tidak perlu, kerana dia hanya ‘banyak tembak’, macam ‘tauke’ dia,” katanya.

Semalam, Rafizi di lobi Parlimen memberitahu pemberita adik Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil iaitu Datuk Shahrir Abdul Jalil turut menerima konsesi pembinaan kampus UiTM kononnya menerusi amalan kronisme.

Rafizi turut mendedahkan penyerahan konsesi pembinaan cawangan UiTM Pasir Gudang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Bertam, Shariful Azhar Othman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");