Membawang Hari Ini

Rai anak yatim, ibu tunggal sambil berbuka puasa

penyanyi baru

Penyanyi baharu, Elveena sering melakukan kerja amalnya, jadi sepanjang Ramadan ini, dia akan merancakkan lagi aktivitinya dalam meneruskan lagi kerja baktinya kepada insan-insan yang memerlukan.

Jika sebelum ini dalam apa jua program amal yang diadakan untuk insan seni seperti meraikan bintang veteran sempena Hari Seniman Malaysia, golongan seperti anak yatim dan ibu tunggal juga tidak diabaikan apabila Elveena kini menyusun misi untuk berbuka bersama kumpulan anak yatim sepanjang bulan puasa tahun ini di beberapa rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang dan Johor.

Jadi, sepanjang Ramadan ini, Elveena mengambil inisiatif sendiri dengan mengunjungi sendiri rumah-rumah kebajikan untuk menyampaikan sumbangan peribadi sambil berbuka puasa, selain meraikan golongan berkenaan dalam bentuk layanan mahupun pemberian wang raya.

Elveena yang diberi jolokan ‘Artis Ratu Amal’ juga mengajak rakan artis yang berminat atau penaja untuk bersama-sama mengikuti program sedemikian yang wajar dibuat bagi melipat ganda kerja amal sepanjang bulan mulai ini.

Rasai kasih sayang

“Saya sudah tidak mempunyai ibu, jadi apa makna Ramadan kepada saya tanpa kehadiran ibu di sisi. Sebab itu saya rasakan perlunya untuk saya turun padang dengan mengunjungi dan beramah mesra dengan golongan ibu tunggal dan warga emas untuk merasai sedikit kasih sayang daripada mereka.

“Saya juga merancang untuk berkunjung ke rumah anak yatim ini untuk menyampaikan sumbangan sempena Ramadan dan Aidilfitri nanti. Dengan keberkatan bulan Ramadan ini, tentunya dengan sumbangan yang dihulurkan walaupun sedikit diharap dapat memberi kegembiraan kepada mereka.

Rancang kunjung pusara artis veteran

“Selain itu, saya juga merancang untuk mengunjungi pusara beberapa artis veteran yang sudah lama pergi meninggalkan kita. Sebenarnya dengan kunjungi sebegini mengingatkan saya saat-saat bersama artis veteran seperti Allahyarham Aziz Satar, Kuswadinata dan Datin Umi Kalthum, yang mana saya pernah rapat dengan mereka dulu,” katanya yang juga anak angkat kepada seniwati Mariani Ismail.

Kata Elveena lagi, Ramadan ini juga membuatnya lebih bekerja keras untuk mencari rezeki lebih dengan meneruskan lagi perniagaan, termasuk merancang single terbaharunya.

“Ramadan ini, saya berniaga kek dan juga biskut raya, selain turut menyediakan tempahan untuk hamper raya. Sesiapa yang ingin membuat tempahan boleh hubungi talian 016-3322771 dan 012-6625842.

Sebenarnya perniagaan biskut raya yang saya usahakan ini bagi membantu golongan ibu tunggal yang mengusahakan pembuatan biskut raya di rumah mereka, saya bantu untuk pasarkan saja.

“Saya ambil biskut raya ini daripada beberapa ibu tunggal dan kemudian mempromosikan kepada rakan-rakan dan juga peminat di bawah jenama saya, Elveena Cookies.

Setakat ini, saya menjual beberapa jenis biskut raya iaitu biskut almond, tat dan cokelat, selain turut menyediakan tempahan untuk kek lapis, semperit, rempeyek, makmur, suji, ros, white almond dan ferrero almond,” katanya yang popular menerusi lagu Memang Benar, Malu Tapi Mahu dan Cinta Tak Boleh Begini.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");