Sukan Hari Ini

Red Giants menang besar

Red giants

SELANGOR menghadiahkan penyokong setia mereka yang hadir ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu tiga mata apabila menang besar menewaskan Terengganu, 4-1 dalam aksi Liga Super 2014 malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan Red Giants terus kekal menerajui liga dengan dengan kelebihan dua mata mengatasi Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menewaskan Sime Darby 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin.

Sementara itu, hampir 300 penyokong tegar Red Giants berkampung di gelanggang keramat skuad Peteh Ganu Peteh bagi memberi sokongan padu kepada Bunyamin Umar dan rakan yang bertandang menentang Terengganu.

Perlawanan ke-18 saingan Liga Super berlangsung sengit memandangkan pasukan kendalian Mehmet Durakovic dan Abdul Rahman Ibrahim berada dalam kedudukan tiga terbaik liga sebelum perlawanan mencabar kejuaraan liga.

Sinar Harian berkongsi gelagat penyokong setia yang sanggup datang ke Kuala Terengganu demi untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");