Jenayah

Remaja didakwa rogol

keluar dari mahkamah

KOTA BHARU – Seorang remaja berusia 15 tahun mengaku tidak salah di mahkamah majistret, di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang remaja berusia 14 tahun, Mei lalu.

Tertuduh juvana yang beralamat di Kampung Padang Salim, Peringat, Melor itu didakwa merogol mangsa di sebuah wakaf di tepi sawah kampung berkenaan, antara jam 9 malam, 29 Mei dan 1.15 pagi, keesokannya.

Dia dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol. Hukuman terhadap remaja tersebut tertakluk di bawah Akta Kanak-kanak 2001.

Tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Nik Habri Muhamad di dalam kamar. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

Terdahulu, Noor Dayana menawarkan jaminan RM5,000 sebelum Nik Habri membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula 22 Julai depan. Tertuduh ditahan polis 1 Jun lalu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");