Membawang Hari Ini

Ringgo (Arrow) Mahu Dikenali Sebagai Zain

zain 1

PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Arrow iaitu Ringgo tidak mahu dibayangi dengan kumpulan tersebut dan kini mahu dikenali sebagai Zain.

Ringgo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli, 45, berkata, sekiranya menggunakan nama komersial yang sama, dia akan masih lagi ‘tersekat’ ketika zaman kegemilangannya pada tahun 1990-an.

“Saya mahu membuat penjenamaan semula nama saya dalam industri muzik tempatan dan kalau boleh saya enggan menggunakan nama Ringgo lagi. Ia akan mengingatkan saya serta peminat dengan Arrow.

“Lebih baik saya menggunakan nama Zain, kemunculan baru saya selepas sekian lama menyepi,” katanya kepada mStar Online.

Dia pernah popular sekitar tahun 90-an dengan lagu-lagu jiwang antaranya Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwa Ku, Aku Tak Marah dan Niat Di Hati Tak Nak Berpisah.

Tambahnya, dia juga bersyukur, peluang sehingga mendapat tempat kedua menerusi pertandingan program Kilauan Emas musim keempat pada Rabu lalu memberikan dia peluang lebih luas untuk memulakan tapak sebagai anak seni semula.

“Selepas kejayaan di Kilauan Emas, takkan saya nak sia-siakan peluang yang ada, apatah lagi isteri saya banyak berkorban sepanjang tiga bulan penglibatan diri dengan program itu.

“Apa yang saya nampak, peluang dah ada depan mata, dan saya perlu mengikut arus. Pengurusan kerjaya saya akan diuruskan oleh pihak Astro . Doakan kejayaan saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ringgo yang turut mengusahakan sebuah kedai makanan di Puchong, dekat sini merancang untuk membuka sebuah restoran di Rawang.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");