Jenayah

Rogol: Empat termasuk 2 remaja bawah umur didakwa

kes rogol

KOTA BHARU – Empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah di sini, hari ini atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun di sebuah rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Seorang daripada tertuduh juvenil berkenaan yang berusia 17 tahun mengaku bersalah merogol mangsa yang berusia 15 tahun, sebaliknya tertuduh yang berusia 15 tahun; Muhmed Azroel Hassan, 23, dan Che Azuan Che Hassan, 32, mengaku tidak bersalah.

Muhmed Azroel dan Azuan masing-masing didakwa merogol kedua-dua mangsa, manakala tertuduh 15 tahun tersebut didakwa merogol mangsa berusia 17 tahun.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan, merogol dua mangsa tersebut di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, di sini, antara jam 7.30 malam hingga 11 malam, 20 Mei.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang lima dan tidak lebih 30 tahun dan boleh dikenakan sebat, sementara hukuman terhadap pesalah juvenil tertakluk di bawah Akta Kanak-kanak 2001.

Media sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Semalam, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman dalam satu kenyataan media berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 suspek yang dilaporkan oleh salah seorang mangsa.

Katanya tujuh lagi suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian itu masih diburu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");