Jenayah

Rumah terselamat gara-gara Piala Dunia

asnawi

PONTIAN – Hasrat seorang jiran di Kampung Seri Menanti, di sini, menonton aksi perlawanan bola sepak Piala Dunia antara pasukan Jepun dan Ivory Coast, terbantut selepas terhidu bau asap dari rumah sebelah, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, Aswani Husin, 55, tidak mengesyaki sebarang perkara buruk kerana menganggap bau asap itu datang dari pembakaran sampah di sekitar rumahnya di Kampung Seri Menanti.

“Saya tidak syak apa-apa yang buruk terjadi sehingga ternampak asap hitam dari rumah salah sebuah rumah jiran.

“Ketika itu, saya mula merasa tidak sedap hati dan bertindak ke rumah yang terletak kira-kira 400 meter dari rumah saya,” katanya, semalam.

Dia ditemui ketika kediaman terbabit dikunjungi oleh Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Tanjung Piai, Wong Kim Liong.

Aswani berkata, sebaik sahaja tiba di rumah jirannya, dia melihat kepulan asap yang sudah memenuhi ruang dapur.

“Rumah itu tidak berpenghuni ketika kejadian, saya cuba untuk masuk ke dalam rumah bagi menyelamatkan kediaman terbabit.

“Saya segera meminta bantuan dari dua anak untuk memecah rantai mangga kunci pintu rumah,” katanya.

Beliau berkata, api berjaya dikawal tidak lama kemudian dan hanya melibatkan sebahagian ruang kecil di dapur.

“Kediaman ini merupakan rumah sewa yang dihuni pekerja asing yang bekerja mengambil upah di ladang-ladang kelapa sawit berhampiran kampung,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");