Jenayah

‘Selamatkan nyawa kami’

penduduk

RAWANG – Kekerapan insiden pejalan kaki maut dilanggar menyebabkan penduduk Kampung Sungai Terentang minta jejantas dibina di kawasan berkenaan.

Jejantas paling hampir iaitu 500 meter dari kawasan penempatan mereka menyebabkan kebanyakan orang awam memilih untuk melintas jalan walaupun berisiko.

Pengerusi JKKK kampung berkenaan, Goh Ah Kaw berkata, permohonan telah dihantar ke pejabat menteri besar yang kemudiannya dipanjangkan ke Jabatan Kerja Raya untuk tindakan, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas.

“Jika tak boleh buat jejantas, pasang bonggol. Orang ramai boleh lintas jalan bila kenderaan dari arah Rawang dan Selayang perlahankan kenderaan.

“Dulu tak ada masalah. Sekarang bila lorong sudah lebar semua pandu laju,” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang penduduk, Yap Hong, 62, berkata sejak tinggal di situ dia menyaksikan beberapa insiden kemalangan depan mata.

“Sudah empat kematian saya tengok. Pelajar sekolah juga lintas, keselamatan mereka mesti dijaga,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sementara Membina Jejantas, Chong Kim Song berkata, pihaknya tidak akan berhenti menghantar surat permohonan jejantas selagi aduan mereka dipandang sepi.

“Sudah empat kali permohonan dihantar dan kita tidak akan berhenti menghantarnya sehingga jejantas dibina.

“Masalah bukan melibatkan kepentingan individu tetapi melibatkan hampir 5,000 penduduk di sini dan orang awam,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");