Jenayah

Seludup kereta guna kontena ‘perabot’

kereta seludup

Kenderaan dicuri dipercayai dalam perjalanan ke negara ketiga

Bangkok: Jabatan Kastam Thailand merampas 30 buah kereta bernilai 21.6 juta Baht (RM2.125 juta) dengan 13 daripadanya disahkan dicuri di Malaysia, yang dibawa masuk ke negara ini menggunakan dokumen palsu.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Thailand, Rakob Srisupaat, berkata kenderaan yang dibawa dari Singapura itu dipercayai dalam perjalanan ke negara ketiga.

“Kontena yang membawa kenderaan itu disenaraikan sebagai mengangkut perabot atau kereta baharu,” katanya dalam taklimat media di sini pada Ahad yang turut dihadiri oleh Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussain.

Seorang pegawai kastam memberitahu BERNAMA, Thailand akan menyerahkan 25 kereta curi kepada pihak berkuasa Malaysia pada hujung bulan ini.

Sementara itu, Nazirah yang dihubungi BH, berkata kebanyakan kenderaan curi dari Malaysia yang dirampas itu diseludup dari Singapura menggunakan jalan laut dan dibawa ke Bangkok sebelum disembunyikan di beberapa gudang.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");