Membawang Hari Ini

Sembunyi cerita kerana Hans

lofa

Neelofa akui turut patah hati, kini tumpu pada perniagaan dan kerjaya seni

Demi menghormati permintaan Hans Isaac yang belum dapat berdepan kesedihan akibat perpisahan mereka, Neelofa sepakat merahsiakan berita itu selama setengah tahun sebelum beliau akhirnya membuka mulut mendedahkan perkara sebenar, baru-baru ini.

Memaklumkan tiada kaitan dengan orang ketiga, empunya nama Noor Neelofa Mohd Noor, 25, memaklumkan keputusan memilih haluan sendiri juga dilakukan atas persetujuan bersama.

“Saya menghormati Hans sebagai antara individu yang banyak mengajar dan menyokong saya. Menjadi harapan saya, selepas penjelasan ini tiada lagi yang bertanya mengenai hubungan kami memandangkan segala-galanya sudah berakhir.

“Kami juga sepakat merahsiakan perpisahan ini sejak Januari atas permintaannya. Sekarang masanya untuk saya jelaskan hal sebenar supaya tiada timbul lagi isu berbangkit,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Airish Miracle, baru-baru ini.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");