Berita Hari Ini

SPAD digesa serah tanggungjawab pada PERS1M

teksi

SHAH ALAM – Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) menggesa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membenarkan pihaknya mengambil alih pengendalian kaunter teksi bermeter.

Langkah itu diharap akan menghentikan penganiayaan berterusan terhadap teksi bermeter.

Dalam satu kenyataan, PERS1M berpendapat SPAD sepatutnya bersikap lebih profesional dan bertanggungjawab dalam melaksanakan migrasi teksi seperti yang dijanjikan sebelum ini.

“Banyak masalah yang telah timbul akibat perlaksanaan sistem terbabit.

“Antaranya ialah pengagihan penumpang yang tidak adil, harga kupon lebih murah dari meter serta kaunter teksi  turut memainkan peranan mempengaruhi penumpang untuk menggunakan teksi berkupon.

“SPAD tidak menunjukkan kewibawaan yang sewajarnya dalam mengendalikan sistem penggunaan berkupon seperti yang dijanjikan oleh pihaknya,” kenyataan itu dipetik.

Terdahulu, SPAD dan pihak PERS1M telah mengadakan satu mesyuarat tertutup bagi membincangkan hala tuju SPAD untuk penambahbaikan dalam Transformasi Industri Teksi.

Dalam pertemuan tersebut, pihak PERS1M telah dimaklumkan SPAD telah merangka pelan migrasi teksi termasuk penyelarasan keseluruhan perkhidmatan teksi kepada sistem teksi bermeter.

Malah, pihak SPAD turut menjamin akan memulakan sistem berkenaan di KLIA 2 sebaik sahaja lapangan terbang tersebut mula beroperasi.

Namun apa yang dijanjikan oleh pihak SPAD nyata memberi bebanan berat kepada pemandu teksi bermeter kerana timbulnya permasalahan kepada pemandu teksi bermeter sehingga menjejaskan perniagaan mereka.

Dalam pada itu, PERS1M juga turut menafikan dakwaan Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi (PKPT) LCCT, Rusli Sharif yang menyatakan  pemandu teksi bermeter telah ‘merampas’ penumpang teksi di KLIA 2.

“Kami berpendapat, beliau seharusnya melihat dari segala sudut berkenaan kemerosotan penumpang dan bukan hanya meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada teksi bermeter.

“Apa yang dapat kami katakan ialah, kemerosotan penumpang berpunca dari keadaan semasa negara yang kehilangan pesawat MH370 serta persaingan tidak sihat di dalam Terminal KLIA 2 itu sendiri,” katanya lagi.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");