Sukan Hari Ini

SUKMA: Irfan, Empera atlet terbaik

najib sukma

Kangar: Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin dan wanita besi Sarawak, Jelenie Empera masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sukan Malaysia (SUKMA) ke-17 di Perlis yang berakhir semalam.

Balik KL Pemilihan Muhammad Irfan yang mewakili Negeri Sembilan dibuat berdasarkan kejayaannya memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 54.26 meter berbanding 53.16m yang turut dilakukannya pada Sukan SEA, Myanmar tahun lalu.

“Selepas habis pertandingan, saya terus pulang ke Kuala Lumpur kerana menjangkakan ada atlet lain yang bakal dinobatkan Olahragawan.

“Saya langsung tidak jangka akan dipilih. Ia menjadi anugerah paling bernilai kepada saya dan berharap rekod ini dapat dipecahkan lagi pada Kejohanan Olahraga Asia Junior di Taiwan,” katanya semalam.

Sementara itu, dua rekod SUKMA yang dilakukan Empera melayakkan atlet berusia 17 tahun itu dinobatkan Olahragawati.
Jumlah angkatan 85kg dilakukan Empera meleburkan rekod lama 84kg milik atlet Johor, Nur Jannah Batrisyah dalam acara snatch dan memperbaharui acara clean & jerk dengan angkatan 107kg, mengatasi rekod lama, 106kg yang juga milik Nur Jannah.

“Masih ada calon yang lebih layak untuk mendapat anugerah ini tetapi ini mungkin rezeki saya.

“Pemilihan ini menjadi permulaan baik buat karier saya untuk terus meraih kecemerlangan pada masa akan datang,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");