Perak Hari Ini

SUKMA XVII: Perak Lonjak Di Tangga Kelima Kontijen Terbaik

Kutipan 24 pingat emas yang dibawa pulang kontijen Perak sempena SUKMA XVII 2014 di Perlis baru-baru ini berjaya meletakkan negeri itu di tangga kelima terbaik daripada 15 kontijen yang mengambil bahagian, tahun ini.

Pasukan Perak juga meraih 24 pingat perak dan 36 pingat gangsa dalam 27 acara dipertandingkan.

Exco Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya, berkata pencapaian kali ini telah memperbaiki kedudukan kontijen Perak yang hanya merangkul 14 pingat emas pada SUKMA 2012.

Kesungguhan serta kerja keras yang ditunjukkan para atlet sepanjang temasya berkenaan telah membantu kontijen Perak meningkatkan pencapaian sebanyak 72 peratus, katanya lagi.

“Kontinjen Perak telah berjaya mengubah kedudukan daripada tangga ke 11 kepada tangga kelima keseluruhan sekaligus memperbaiki pencapaian sebelum ini.

“Biarpun gagal mencapai sasaran 30 pingat emas, namun ia perlu dilihat daripada pandangan positif serta sebagai motivasi kepada semua pihak.

“Saya mahu projek The Bos Gaurus 2015 dan 2016 dimulakan selepas sambutan Adilfitri bagi mempersiapkan kontinjen kita untuk kejohanan SUKMA akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Skim Insentif SUKMA XV11 Perlis di Ipoh, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri selaku ketua kontinjen Negeri Perak, Datuk Ahmad Puhat Mat Nayan.

Sebanyak RM546,000 disediakan sebagai insentif kepada semua atlet yang berjaya membawa pulang pingat dengan jumlah insentif bagi pemenang pingat emas dinailkan daripada RM3,000 kepada RM5,000.

PERAKTODAY3

SUKMA Perlis kali ini juga telah mencatatkan beberapa rekod tersendiri apabila kontinjen Perak berjaya memecahkan rekod  pingat emas bagi pertandingan bola sepak setelah menunggu untuk menjuarainya selama 12 tahun dan 22 tahun bagi acara hoki.

Beliau berkata lagi, pencapaian memberansangkan yang ditonjolkan oleh kesemua atlet Perak di kejohanan itu akan dijadikan sebagai pencetus semangat buat para atlet untuk membawa pulang 45 pingat emas sempena SUKMA 2016 yang dijadual berlangsung di Sarawak.

Sementara itu, Shahrul Zaman berkata, komitmen yang cukup tinggi telah ditunjukkan oleh para atlet termasuklah pihak pengurusan sepanjang kejohanan berlangsung di Perlis.

Tambah beliau lagi, hasrat menjadikan Perak menjadi tuan rumah SUKMA 2018 kelak bakal diperhalusi sebaik mungkin mengikut tahap kesediaan negeri untuk menganjurkan kejohanan itu kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");