Berita Hari Ini

Tak perlu paksa guru sokong kerajaan kata TPM

tpm 4

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, golongan guru tidak perlu dipaksa untuk menyokong kerajaan kerana mereka mengetahui tanggungjawab dan tugas mereka.

Malah menurutnya, tiada usaha khusus Kementerian Pendidikan untuk meyakinkan guru supaya memberi sokongan padu kepada kerajaan.

“Sebenarnya tidak ada satu usaha khusus dibuat untuk tujuan itu kerana profesion perguruan adalah satu profesion yang mulia.

“Mereka faham tentang tugas dan tanggungjawab mereka bukan saja kepada profesionnya tapi juga kepada sekolah dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang diutarakan ahli Parlimen Jelebu (BN), Zainuddin Ismail, hari ini.

Muhyiddin yakin pegawai kerajaan telah memiliki sikap setia kepada kerajaan yang memerintah hari ini.

“Saya tidak fikir ada keperluan untuk meyakinkan bahawa mereka ini perlu memberi sokongan padu kepada kerajaan kerana mereka sebagai pegawai kerajaan biasanya bersikap setia kepada kerajaan hari ini.

“Ini bukan saja berlaku kepada kementerian pendidikan sahaja tapi juga kepada perkhidmatan awam yang lain,” katanya.

Malah beliau tidak bimbang dengan sebarang tohmahan yang dilemparkan kepada guru-guru di negara ini.

“Oleh itu saya tidak bimbang langsung. Apa pun tuduhan, tohmahan mana pihak sekalipun terhadap guru kerana mereka tahu tugas mereka. Yang penting kita nak lihat keupayaan mereka melaksanakan tanggungjawab,” katanya lagi.

Sebelum ini, PKR mempersoalkan tindakan pemimpin BN yang meminta golongan guru kembali memberi sokongan kepada parti perikatan itu pada pilihan raya akan datang.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil mendakwa gesaan itu menunjukkan Umno-BN semakin ketinggalan dalam politik baru di negara ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");