Sukan Hari Ini

‘Tak perlu ubah Tiki-taka’

juan mata

PERANCANG kreatif Sepanyol, Juan Mata menegaskan La Roja tidak akan menukar cara permainan Tiki-taka ketika berdepan Chile dalam aksi kedua Kumpulan B, awal pagi esok.

Jelasnya, Tiki-taka bukan penyebab penyandang juara itu memulakan kempen Piala Dunia 2014 dengan kekalahan memalukan di tangan Belanda.

“Kami hanya perlu fikirkan kemenangan dan mempertingkatkan gaya permainan.

“Kami juga perlu percaya dengan corak tika-taka kerana gaya itulah yang membawa kami ke kemuncak kejayaan sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu mengulas pertemuan berdepan Chile di Stadium Maracana, iaitu stadium sama ketika mereka tumpas dalam aksi final Piala Konfederasi menentang Brazil tahun lalu, Mata menjelaskan beliau berharap keputusan kali ini berpihak kepada La Roja.

“Menentang pasukan dari benua Amerika Selatan bukan tugas mudah tetapi kami sudah biasa dengan stadium ini.

“Apa pun misi kami adalah mencari tiga mata penuh,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");