Sukan Hari Ini

Tango jangan gelabah

lionel messi

ARGENTINA yang mengesahkan slot di peringkat kalah mati akan berseteru dengan naib juara Kumpulan E, Switzerland di Arena Corinthians, Rabu ini.

Walaupun atas kertas skuad Albiceleste diramal mampu menjinakkan wakil benua Eropah itu, tetapi tidak bagi penyerangnya, Gonzalo Higuain.

Beliau menegaskan Argentina harus berhati-hati akan helah yang bakal dipasang lawan kerana difahamkan mendapat suntikan tambahan daripada peminat awam Brazil yang menyokong mereka.

“Kami harus berhati-hati. Swiss adalah pasukan yang selalu berusaha mencapai matlamat dan kami wajar menunjukkan rasa hormat terhadap lawan.

“Swiss pasukan bagus dan kami sudah mengkaji pemainnya. Kami juga tahu di mana kekuatan dan kelemahan mereka,” katanya.

Pada perlawanan terakhir kumpulan baru-baru ini, Swiss mengalahkan Honduras 3-0 menerusi hatrik Xherdan Shaqiri.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");