Berita Hari Ini

Tentera kerajaan kawal loji Baiji

Ribuan penduduk tempatan menyertai tentera rejim untuk menentang ISIL. Foto: AFP:-

BANGHDAD – IRAQ. Menteri Luar Iraq Hoshyar Zebar melaporkan, tentera kerajaan mengawal sepenuhnya kawasan loji penapisan minyak di Baiji, seminggu selepas ditawan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL).

Menurut AFP, ISIL sebelum ini mendakwa, kawasan itu dikawal sepenuhnya oleh kumpulan mereka yang terletak di utara negara berkenaan.

Hoshyar berkata, loji berkenaan adalah nadi utama Iraq dan menjadi rebutan antara tentera rejim dan ISIL.

“Kami dapat menawan semula kawasan loji itu. Selepas mendapat persetujuan Washington, askar mereka kini berada dalam keadaan siap siaga untuk melancarkan serangan balas dari setiap penjuru,” katanya.

Sementara itu, ISIL kini melancarkan perang propaganda menggunakan laman media sosial seperti Twitter dan Facebook.

Perang siber itu turut disertai semua kumpulan jihadis dari seluruh dunia.

Difahamkan, ISIL dan jihad memuat naik gambar kejayaan mereka membunuh puak Syiah dan menawan bandar utama di Iraq.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");