Jenayah

Tersepit dalam lori terbalik

tersepit dalam lori

KUALA KRAI – Seorang pemandu lori simen nyaris maut apabila tersepit dalam lori dipandunya yang terbalik berhampiran simpang lampu isyarat Guchil, di sini pagi kelmarin.

Ketika kejadian, lori terbabit dikatakan dalam perjalanan dari arah Gua Musang menuju bandar Kuala Krai dan terbalik setelah membelok ke arah bandar Kuala Krai.

Kejadian menyebabkan pemandu lori berkenaan yang berusia 49 tahun tersepit di tempat duduk pemandu.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Nik Azam Nik Yakub memaklumkan menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 11.10 pagi.

Menurutnya, ketika pasukan bomba sampai di lokasi kejadian, lori berkenaan didapati dalam keadaan terbalik dengan bahagian pemandu berada di bawah.

“Pasukan bomba mengambil masa 25 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan tersebut.

“Pemandu mengalami kecederaan ringan pada tangan dan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian turut menyebabkan laluan dari arah Kota Bharu ke bandar Kuala Krai tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan selama lebih sejam sehingga lori terbabit dialihkan.

Pada masa kejadian, pemandu yang menggunakan laluan terbabit terpaksa menggunakan laluan alternatif untuk menuju ke bandar Kuala Krai.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");