Berita Hari Ini

Tiga agenda penting tingkat kebajikan pekerja

najib 1

Ayer Keroh: Datuk Seri Najib Razak semalam, menetapkan tiga agenda penting bagi memastikan kebajikan golongan pekerja di negara ini terus mendapat pembelaan. Agenda itu, memantapkan pasaran buruh negara, memperkemas jaringan keselamatan sosial dan mengharmonikan perhubungan perusahaan.

Perdana Menteri berkata, menerusi agenda memantapkan pasaran buruh negara, kerajaan memberi tumpuan kepada aspek berkaitan hak dan kebajikan warga pekerja, termasuk menetapkan dasar gaji minimum berkuat kuasa pada 1 Januari 2013.

Syarikat buat penyesuaian Katanya, walaupun menimbulkan pelbagai reaksi, pertumbuhan guna tenaga lebih tinggi dan pemberhentian pekerja yang lebih rendah menggambarkan kebanyakan syarikat berupaya membuat penyesuaian dengan dasar gaji minimum.

“Menerusi tinjauan dilakukan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, gaji purata sektor swasta naik sebanyak 6.6 peratus pada tahun lalu, berbanding enam peratus pada tahun sebelumnya.

“Secara purata, pekerja kumpulan eksekutif mencatat peratusan gaji 6.3 peratus, kekal seperti pada tahun 2012, manakala pekerja bukan eksekutif mencatat kenaikan 6.7 peratus pada tahun lalu, berbanding tahun sebelumnya iaitu 5.8 peratus, sejajar dengan keputusan kerajaan memperkenalkan dasar gaji minimum,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");