Jenayah

Tong gas meletup, warga emas cedera

wrga emas cedera

KOTA BHARU – Seorang warga emas, melecur di bahagian muka, kedua-dua belah tangan, dada selepas cuba mengangkat tong gas yang dipercayai bocor bagi menyelamatkan keluarganya di Pintu Geng, di sini, malam kelmarin.

Mangsa, Anual Hassan, 64 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Perempuan Zainab II, dan perlu bantuan alat pernafasan dan tidak sedarkan diri.

Isterinya, Faridah Jusoh, 59, kejadian berlaku sekitar jam 9.30 malam ketika mangsa ingin menukar tong yang kehabisan gas untuk memasak air.

“Saya berada di ruang tamu ketika itu apabila dengar anak bongsu saya jerit beritahu tong gas terbakar. Suami saya cuba padam dengan gunakan kain baju dan alas kaki tetapi gagal menyebabkan dia menolak dengan kaki dan angkatnya keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Apabila tong tersebut berada di luar rumah, api marak sehingga melepasi bumbung rumah sehingga jiran-jiran di sebelah rumah boleh melihat api yang menjulang itu.

Katanya, ketika suaminya pulang dari beli tong gas itu, suaminya bertindak untuk menukar tong gas lama dengan yang baru.

Bagaimanapun, dia sendiri tidak tahu bagaimana api boleh menyambar dapur kerana ketika itu hanya mangsa seorang diri yang berada di dapur.

Seorang lagi anaknya yang cacat penglihatan iaitu Hasnani, 40, yang ketika itu sedang solat di tingkat atas bertindak terjun dari tingkat dua dengan ketinggian 15 kaki.

“Akibat kekecohan itu, kami terlupa kepadanya dan apabila dengar bunyi seperti sesuatu terjatuh, baru kami menyedari dia telah terjun dari tingkat atas melalui balkoni hadapan. Mujur kaki kanannya hanya terseliuh dan tidak ada kecederaan serius,’ katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");