Jenayah

Tonto awasi lori seludup diesel

Lori tangki yang membawa muatan diesel dipercayai untuk diseludup keluar:-

KOTA TINGGI – Sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, berjaya menahan sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak diesel dipercayai bernilai RM90,000 untuk diseludup keluar.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman berkata, lori terbabit ditahan berhampiran simpang Jalan Sungai Rengit-Tanjung Belungkor, dekat sini, dalam operasi dilakukan kira-kira jam 10.10 malam kelmarin.

“Lori tangki tersebut berada dalam keadaan mencurigakan. Pemeriksaan lanjut jmendapati lori tangki itu membawa diesel untuk dihantar ke jeti Tanjung Belungkor.

“Dalam operasi itu juga anggota kita telah berjaya menahan seorang lelaki iaitu pemandu lori berusia 44 tahun yang berasal dari Masai.

“Pemandu mengaku dibayar upah untuk membawa lori tangki muatan minyak diesel dari Pasir Gudang ke Jeti Tanjung Belungkor dipercayai untuk diseludup keluar,” katanya, di sini semalam.

Rahmat berkata, pihaknya merampas lori tangki terbabit dan menahan pemandu untuk siasatan lanjut.

Katanya, anggota dari pasukan yang sama juga berjaya menahan dua lelaki dipercayai bertindak sebagai tonto.

“Kereta Vios yang digunakan juga ditahan untuk siasatan lanjut. Kes diserah kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");