Isu Panas

Tony Pua Minta Khalid Berhenti Salahkan Syabas

tony khalid

PETALING JAYA: Kerajaan Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab dan penyayang perlu melakukan lebih daripada sekadar ‘menyalahkan Syabas’ berhubung krisis air, menurut Ahli Parlimen DAP Tony Pua.

Selain mengatur satu pengajaran untuk beliau mengenai ‘apa yang kerajaan negeri telah lakukan’ dan ‘mengapa Syabas perlu disalahkan’, beliau berkata barangkali mungkin lebih penting bagi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan pegawai kerajaan negeri pergi membuat lawatan ke rumah-rumah keluarga yang perlu beratur dengan baldi bagi mengambil air dari tangki bekalan.

“Saya pasti penduduk-penduduk ini sangat berminat mendengar tentang perkara itu,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Ahad, membidas Menteri Besar buat kali kedua pada minggu ini.

Beliau berkata Abdul Khalid mungkin betul dalam menuding jari kepada Syabas untuk isu-isu air, tetapi ia tidak menjelaskan mengapa kerajaan negeri begitu cepat memberi jaminan bahawa tidak akan ada sebarang gangguan air yang akan berlaku.

“Beberapa penduduk mungkin tertanya-tanya tentang mengapa kerajaan negeri begitu cepat menawarkan jaminan apabila kerajaan amat sedar bahawa Syabas enggan bekerjasama atau menghadiri mesyuarat negeri yang dianjurkan,” katanya.

Beliau menambah, jika kerajaan negeri tidak dapat memenuhi janji-janjinya, ia harus melakukan sesuatu untuk menyediakan bantuan segera kepada mereka yang terjejas oleh isu air.

“Patutkah kami tidak mempunyai simpati dan meletakkannya sebagai ‘Pelan B’ apabila mangsa menderita akibat gangguan air yang lama?

“Sudah pasti, kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab dan prihatin perlu melakukan lebih daripada hanya menyalahkan Syabas – walaupun mereka memang pihak yang sah untuk dipersalahkan,” katanya.

Beliau juga menyokong penuh cadangan MP Serdang Ong Kian Ming untuk menubuhkan pasukan petugas yang terdiri daripada Menteri Besar, wakil utama yang dipilih dan pegawai kerajaan negeri untuk mengenalpasti dan mengkaji penyelesaian masalah bagi isu air.

“Jawatankuasa ini bukan sahaja akan memberikan pihak berkuasa negeri peluang untuk mengajar wakil-wakil yang dipilih yang jahil tentang isu ini, tetapi juga membenarkan ahli dewan tempatan untuk berkongsi dengan pemimpin-pemimpin atasan negeri tentang masalah dan sakit yang dirasai oleh masyarakat supaya penyelesaian, terutamanya dalam jangka masa pendek, boleh diperolehi,” kata Pua, membidas Khalid yang sebelum ini berkata beliau perlu belajar lebih lanjut mengenai isu air sebelum bertindak memberikan kritikan.

“Sementara menunggu kerajaan negeri mengambil alih Syabas, kita tidak boleh hanya duduk dan membiarkan Syabas memberikan perkhidmatan sehingga menjadi satu penghinaan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat,” kata Pua.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");