Berita Hari Ini

TPM persoal kelewatan projek sekolah Singai

muhyiddin foto bernama

BAU – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut tertanya-tanya kenapa cadangan pembinaan sekolah menengah Singai RM45 juta, tertangguh, sedangkan projek itu diluluskan di bawah rancangan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata beliau akan merujuk kepada pihak kementerian dan Jabatan Pendidikan mengenai punca kelewatan projek itu.

Beliau menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Adun Tasik Biru, Datuk Peter Nansian dalam ucapan beliau pada jamuan Karnival Gawai Dayak Redeems di Pusat Redeems di sini malam tadi.

Jamuan itu dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib, Muhyiddin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dan isteri Puan Sri Jamilah Anu.

Nansian turut menarik perhatian bahawa pembinaan dewan serba guna sekolah itu dibatalkan daripada perancangan. Bagaimanapun Muhyididn memberi jaminan kemudahan itu akan dimasukkan semula dalam pelan pembinaan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Puad Zarkashi ketika itu melancarkan tapak pembinaan sekolah berkenaan berhampiran Persatuan Penyelidikan dan Pembangunan Singai Sarawak (Redeems), Kampung Apar, Singai pada 15 April 2011. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");